Menu

Jumaat, 4 Oktober 2013

Permintaan kawan MY BFF Cikgu Sue

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis di blog. Setiap kali kemahuan itu datang,saya terpaksa melupakannya dek kesibukan dan geram dengan masalah untuk membuka alamat blog. Untuk kali ini,saya mencuba..manalah tahu ia akan menjadi pencetus idea untuk saya teruskan niat di hati yang sudah lama terpendam. Masih terkenang lagi...semasa zaman bergelar siswazah PGSR..belajar membuat blog..seronoknya tidak terkira hingga tidak sedar jam hampir pukul 5 pagi..
Masa itu mencuba kerana memenuhi kandungan kursus. alih-alih kawan kita yang ke depan dan memiliki blognya yang cukup banyak idea,ilmu..maklumlah orang senior dalam bidang pendidikan khas..lainlah dengan saya yang masih belajar dan belajar.Al-kisahnya..malam ini saya menyahut cabarannya untuk membina blog yang berkaitan dengan bahan bantu belajar..banyak bahan yang dibuat,jadi kongsilah dengan rakan-rakan yang sudi...jangan kedekit ilmu..itu pesan pensyarah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan