hadiah inovasi |
Bahan yang dikongsikan ini merupakan hasil rujukan,nota dan dapatan daripada kursus,pembacaan,blog dan buku.
Jumaat, 25 Oktober 2013
Hadiah penyertaan inovasi
Syukur...itulah ucapan yang dapat diluahkan dari hati.Lau,khabar baik ini dikongsokan bersama rakan dan warga sekolah.Sesungguhnya...inilah saat yang terindah..
Rabu, 23 Oktober 2013
Gambar kad:Makanan
Memandangkan masalah untuk memuatnaik video,saya cuba untuk memuatnaik salah satu bahan yang telah digunakan semasa sesi PdP.
kad gambar kod isyarat |
Video Pembelajaran:Makanan
Video ini diambil semasa sesi PdP di dalam kelas. Ia bertujuan untuk melihat sejauhmana minat murid terhadap bahan yang dihasilkan.Di samping itu untuk menguji tahap keupayaan murid sama ada dapat mengingat kod isyarat yang telah dipelajari.Rasanya video akan dimuatnaik semula kerana mengalami kesesakan trafik yang perlahan...tunggu ye
Ahad, 13 Oktober 2013
Buku baru
Ini merupakan pembelian yang cukup berhemah. Ini kerana buku panduan ini sudah lama ada di pasaran iaitu semasa pesta buku PBAKL2013,tetapi masa itu hendak kawal bajet. Bila ada masa barulah akan dapatkannya, di mana...tentulah di MPH Bookstore. Apabila sudah ada di depan mata,rasanya menyesal kalau tak dapatkannya...dan buku Maze ini sebenarnya kebetulan aje...rasanya macam ada idea bagus..iaitu boleh digunakan sbg bahan set induksi atau masa relif...sekurang-kurangnya kita dapat tahu tahap kebolehan murid kita yang kita tidak tahu...
Harga RM33.00 |
Harga RM5.90 |
Khamis, 10 Oktober 2013
Video Kenangan
BBM KU-TAJUK:BUAH
Rabu, 9 Oktober 2013
Idea untuk membuat BBM
Bahan contoh untuk motor halus murid |
Buku-Guru Pemimpin 360
Perkara yang dapat kita pelajari:
Kita perlu menjadi diri kita yang sebenar dan tidak perlu berlagak menjadi orang lain. Orang lebih hormat jika kita tidak segan mengakui kekurangan diri. Apabila kita akui kekurangan diri, orang menjadi lebih ikhlas memberi nasihat kepada kita,berbanding sekiranya kita berlagak sempurna lazimnya orang meluat dengan kita..
Buku ini banyak memberi motivasi,inspirasi kepada semua peringkat insan bergelar guru.Banyak pengajaran yang dapat membuka minda kita agar lebih memandang ke depan. Satu perkataan yang benar-benar menyentuh..sekolah kita adalah wajah kita....
Kita perlu menjadi diri kita yang sebenar dan tidak perlu berlagak menjadi orang lain. Orang lebih hormat jika kita tidak segan mengakui kekurangan diri. Apabila kita akui kekurangan diri, orang menjadi lebih ikhlas memberi nasihat kepada kita,berbanding sekiranya kita berlagak sempurna lazimnya orang meluat dengan kita..
Buku ini banyak memberi motivasi,inspirasi kepada semua peringkat insan bergelar guru.Banyak pengajaran yang dapat membuka minda kita agar lebih memandang ke depan. Satu perkataan yang benar-benar menyentuh..sekolah kita adalah wajah kita....
BBM - cuba teka
kad kod perkataan |
BBM -kad padanan
kad padanan perkataan dan kod isyarat |
Selasa, 8 Oktober 2013
Jom belajar ucapan
BBM KU- kENDERAAN
KENDERAAN 1 |
Inilah sebahagian bahan yang dibuat dan digunakan semasa sesi PdP. setakat ini murid dapat menerima dengan cepat. Kad ini juga dapat dijadikan kad permainan padan dan betul untuk menguji murid mengecam dan membezakan benda yang dilihat.
Isnin, 7 Oktober 2013
BBM Suku kata Kv Kv
Bahan ini saya buat semasa belajar dulu. Masa itu seronok kerana dapat berkolaborasi dengan rakan di FB. Selepas buat bbm,masing-masing kongsikan..seronok kerana dapat membantu rakan lain yang memerlukan. sekarang saya masih lagi membuat bahan bbm tapi lebih kepada murid istimewa saya, murid BD.Nanti saya akan muat naik bahan yang telah saya buat itu.
Sabtu, 5 Oktober 2013
BBM 2 Tajuk Makanan
Bahan ini dibina supaya murid dapat mengisyaratkan mengikut kod isyarat,membaca perkataan dan mengecam ayat mudah.
Mengenai Autisme
Murid Autisme...tetiba saya teringat pada tugasan semasa belajar dulu. Tambahan pula masa itu saya mempunyai ramai anak murid yang begitu.Seronok mengenali karenah mereka...walau dunia mereka tersendiri,sebenarnya mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini, ia adalah ANUGERAH yang amat bermakna. Sekarang banyak buku rujukan yang dapat membantu ibu bapa atau guru untuk lebih mengenali mereka. Seperti saya, cukup bertuah kerana sentiasa mendapat input sama ada melalui buku atau rujukan. Gembira bila ada pensyarah yang sedia berkongsi bahan rujukan..
Jumaat, 4 Oktober 2013
contoh bbm 1
sesi pDp mengenai tajuk ucapan...menguji keupayaan murid untuk ingat,padan.Apa yang penting murid dapat menguasai kemahiran yang diajar...
kemahiran Tulisan
DEFINISI
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan
dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah
proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi
melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
PERANAN TULISAN
- Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu
dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
- Untuk
membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan
ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
Untuk
membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan
meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
- Untuk menyediakan, menyemai,
mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi
kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah
sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).
- Untuk
menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak
lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga
seluruh insan umumnya.
PRATULISAN Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu
dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan
lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada
peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di ataS permukaan benda-benda yang
sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh
meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.
Peringkat
contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat
contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi
kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan.
Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti
seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-
lain
2. Menguasai
gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya
boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3. Melakukan
latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan
lain-lain.
4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
TULISAN MEKANISME
Setelah
kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh
memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.
Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid
diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.
Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf
diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada
lembaran bergaris kecil sempit.
Latihan-latihan
tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
- Meneliti, mengenal,
menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
- Mendapat
kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
KEMAHIRAN MENULIS
ASAS
Teknik Pengajaran
Pemulihan Kemahiran Menulis asas Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa
kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini
termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf,
kemahiran belajar dan membentuk makna.
Objektif utama
penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah
dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk
garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk
huruf dengan sempurna. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran
mempunyai masalah menulis. Mercer
(1985) yang bersetuju pendapat Hidreth (1947) "menyatakan bahawa punca utama ialah
masalah ’psikomotor’, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan
perkataan serta daya ingatan yang lemah".
Jenis-jenis masalah
tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak
betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika
menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.
AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN
a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
i. --------- …………. ………….. …………... …………
c) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis.
BULATAN BESAR – BULATAN KECIL
d) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
i. --------- …………. ………….. …………... …………
c) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis.
BULATAN BESAR – BULATAN KECIL
d) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
e) Latihan membentuk garisan lurus.
f) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.Dilakukan secara bebas.
g) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.
Percubaan Pertama
Rupanya cerewet juga untuk mendapatkan susun atur bagi blog ini. Almaklumlah sudah lama tidak cuba membuatnya..Terkial-kial juga mencari dari mana nak mula...apa pengisiannya..saya cuma menulis apa yang terlintas di hati..Di sini saya ingin berkongsi bahan BBB yang saya buat...video...tentunya sesuatu yang membangkitkan kenangan..
Permintaan kawan MY BFF Cikgu Sue
Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis di blog. Setiap kali kemahuan itu datang,saya terpaksa melupakannya dek kesibukan dan geram dengan masalah untuk membuka alamat blog. Untuk kali ini,saya mencuba..manalah tahu ia akan menjadi pencetus idea untuk saya teruskan niat di hati yang sudah lama terpendam. Masih terkenang lagi...semasa zaman bergelar siswazah PGSR..belajar membuat blog..seronoknya tidak terkira hingga tidak sedar jam hampir pukul 5 pagi..
Masa itu mencuba kerana memenuhi kandungan kursus. alih-alih kawan kita yang ke depan dan memiliki blognya yang cukup banyak idea,ilmu..maklumlah orang senior dalam bidang pendidikan khas..lainlah dengan saya yang masih belajar dan belajar.Al-kisahnya..malam ini saya menyahut cabarannya untuk membina blog yang berkaitan dengan bahan bantu belajar..banyak bahan yang dibuat,jadi kongsilah dengan rakan-rakan yang sudi...jangan kedekit ilmu..itu pesan pensyarah...
Langgan:
Catatan (Atom)