Menu

Rabu, 15 April 2015

Apa itu blog

Blog merupakan jurnal talian / online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara, dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Ia lebih kurang sama dengan konsep diari harian. Blog mudah diurus dan digunakan sesiapa sahaja kerana ia tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi kerana ia telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi sama seperti perisian Microsoft office. Apa yang membezakan blog dengan web biasa ialah memasukkan maklumat penulisan mengemaskinikan maklumat yang terbaru akan berada di atas dan yang lepas berada di bawah (reverse chronological order). Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan blog pertama ialah ‘blogging’ iaitu merujuk kepada aktiviti mengemas kini atau menguruskan blog. Kedua pula ‘blogger’ yang merujuk pemilik atau penulis blog tersebut, manakala ‘article’ pula di bererti tulisan yang ditulis di blog oleh blogger. Dapat diterjemahkan bahawa blog merupakan kata kerja dalam English (verb) yang bermaksud suatu kerja (aktiviti) mengemas kini atau menguruskan blog.saya rujuk di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan