Menu

Khamis, 16 April 2015

percubaan membuat resepi pancake dan wafer

Hari ini rasa sungguh gembira kerana resepi yang dicuba berjaya. Aromanya cukup menyelerakan dan teksturnya gebu. Rasanya tepat sekali resepi tersebut.Tidak sia-sia pencarian saya mencari resepi tersebut.

Membuat Linkwithin di blog

seronok juga belajar perkara yang baharu.semuanya dapat di sini.

Rabu, 15 April 2015

Mari membina blog

Di sini banyak rujukan.lawatilah di sini

Apa itu blog

Blog merupakan jurnal talian / online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara, dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Ia lebih kurang sama dengan konsep diari harian. Blog mudah diurus dan digunakan sesiapa sahaja kerana ia tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi kerana ia telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi sama seperti perisian Microsoft office. Apa yang membezakan blog dengan web biasa ialah memasukkan maklumat penulisan mengemaskinikan maklumat yang terbaru akan berada di atas dan yang lepas berada di bawah (reverse chronological order). Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan blog pertama ialah ‘blogging’ iaitu merujuk kepada aktiviti mengemas kini atau menguruskan blog. Kedua pula ‘blogger’ yang merujuk pemilik atau penulis blog tersebut, manakala ‘article’ pula di bererti tulisan yang ditulis di blog oleh blogger. Dapat diterjemahkan bahawa blog merupakan kata kerja dalam English (verb) yang bermaksud suatu kerja (aktiviti) mengemas kini atau menguruskan blog.saya rujuk di sini

Panduan membina Blog

Saya suka berkongsi pautan yang ditemui..dahulu saya tidak pandai membina blog..saya cuma belajar secara asas dengan rakan.Untuk cepat belajar kita mesti berani dan rajin menjelajah ikon yang disediakan. Bagi membantu rakan yang masih tercari-cari,boleh rujuk di sini dan di sini

Panduan Membina Blog

Hari ini merupakan hari yang mendebarkan...bukan sahaja saya..murid juga.Memandangkan komputer saya sedang didefragment,saya menggunakan tablet untuk memastikan p&p kali ini mencapai objektifnya. Masalahnya talian wifi agak perlahan..kena mencari titik laju di mana...bila tekan pautan..asyik berpusing-pusing...bila sudah dapat pautan...seronoknya...kali ini murid diberi pendedahan untuk membina blog..

Jom Membina Blog

Hari ini hari yang mengujakan...murid dan guru belajar membina blog.Memandangkan komputer saya sedang defragmentasi,saya terpaksa menggunakan tablet. Terpaksalah mencari talian Wifi yang agak laju...di kelas agak perlahan.Untuk perkongsian,bolehlah merujuk di sini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama.

KATA-KATA MOTIVASI

Kekadang kita terlalu mengambil kira apa yang orang kata...adakalanya sampai menjadi stress. Jadi,jalan terbaiknya..berfikirlah seadanya..apa yang dikata diambil positif supaya kita tidak terasa terbeban.

DST 1 Manusia

Jom belajar bahasa isyarat mengenai anggota manusia

Kraf tangan untuk keceriaan

Jom kita buat sesuatu yang dapat memberi keceriaan..

P&P mata pelajaran TMK

Hari ini seperti kebiasaan...bersedia dengan bahan bantu mengajar...walaupun agak sukar untuk memberi penerangan jelas kepada murid,namun penggunaan BBM ini membantu melancarkan p&p.Murid lebih jelas dan ingat apabila kaedah ict ini digabungjalinkan. Setelah selesai penerangan dan menyalin soalan tugasan..murid berpeluang menaip sendiri di MS Excell...walaupun nampak terkial-kial mencari huruf kerana ada huruf jawi di keyboard...nampak kesungguhannya menyudahkan tugasan...

Jumaat, 10 April 2015

Jangan terlupa

Alkisahnya petang tadi..saya membina BBm untuk digunakan pada minggu depan.Seronok punya pasal dek terleka dengan muat turun font..saya terlupa untuk menyimpan bahan yang telah dibuat..tetiba...elektrik tiada...apalagi..nak marah pun tidak guna lagi... peristiwa ini terus membawa saya ke pengalaman semasa menyiapkan tugasan pensyarah...jenuh mencari di ruangan storan..penat aje... Tanpa membuang masa..saya terus membina semula..tapi kali ini terus beringat takut terjadi lagi..tak pasal-pasal hilang idea... berkat kesabaran,akhirnya siap juga walaupun terpaksa korbankan masa....apa yang penting saya sudah membuat persediaan awal.. Jadi di sini saya kongsikan sebahagian bahan yang saya telah siapkan itu.

Selasa, 7 April 2015

RUJUKAN RPI(Rancangan Pengajaran Individu)

Bagi guru yang masih tercari-cari maklumat mengenai RPI,bolehlah melawat ke blog ini di sini. Harap segala info di situ dapat membantu merancang dan melaksanakan demi kebaikan murid istimewa.