Bahan yang dikongsikan ini merupakan hasil rujukan,nota dan dapatan daripada kursus,pembacaan,blog dan buku.
Khamis, 3 Mac 2016
Catatan yang menyentuh hati
Catatan ini saya temui secara tidak sengaja. Rupanya ia cukup menyedarkan dan menyentuh hati saya. Tanpa sedar mutiara jernih membasahi pipi saya. Dugaan menjadi seorang guru pendidikan khas amat mencabar..klien kita adalah murid istimewa yang datang ke sekolah mengharapkan titisan ilmu dari seorang guru.Catatan ini juga memberi keyakinan dan kesedaran yang mendalam. Ini kerana mereka tidak pernah diminta untuk dilahirkan begitu..jauh sekali untuk dinafikan hak mereka. Kehadiran mereka adalah suatu kurniaan yang teramat indah..jika kita selami dunia mereka...kita amat bernasib baik kerana dilahirkan cukup sempurna...Dan mereka dalam ketidaksempurnaan masih mahu belajar mengenal untuk berdikari..,
Terima kasih sahabatku..catatan itu adalah satu pembuka jalan untuk kita lebih menghargai setiap yang ada di sekeliling kita. Memberi senyuman manis untuk mereka sudah cukup bermakna...untuk bacaan selanjutnya di sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan