Bahan yang dikongsikan ini merupakan hasil rujukan,nota dan dapatan daripada kursus,pembacaan,blog dan buku.
Ahad, 28 Februari 2016
jom kongsi Resepi
Hari ini saya terjumpa resepi tart nanas yang paling sedap. Kredit untuk pemilik bolg tersebut di sini
Begitu juga resepi kek puding Karamel.Saya pernah makan kek yang diberikan oleh seorang kawan.Ternyata kek itu sangat sedap,teksturnya yang lembut dan memikat selera.
Khamis, 25 Februari 2016
Perkongsian ilmu : 13 Motivasi
Saya kongsikan ini sebagai motivasi diri.Saya memberi kredit kepada tuan punya walaupun terlupa alamat blog yang dirujuk.Semoga perkongsian ini memberi nafas baharu dan menjentik minda kita untuk bermuhasabah diri sentiasa.
Jadikan poin-poin ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira ataupun Stress dan sebagainya.
MOTIVASI 1: Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, iaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.
MOTIVASI 2 : Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu merupakan pendidik dan HARAPAN mereka.
MOTIVASI 3: Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai ke lubuk hati mereka.
MOTIVASI 4: Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai ke puncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.
MOTIVASI 5 : Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat doa kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada di dalam tanah.
MOTIVASI 6 : Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
MOTIVASI 7 :Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.
MOTIVASI 8 : Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat doa yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".
MOTIVASI 9: Di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar-kobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
MOTIVASI 10:
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
MOTIVASI 11:
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Apabila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti.
MOTIVASI 12:
Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan banyak kebaikan.
MOTIVASI 13:
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH
Selasa, 9 Februari 2016
Langgan:
Catatan (Atom)