Menu

Khamis, 16 April 2015

percubaan membuat resepi pancake dan wafer

Hari ini rasa sungguh gembira kerana resepi yang dicuba berjaya. Aromanya cukup menyelerakan dan teksturnya gebu. Rasanya tepat sekali resepi tersebut.Tidak sia-sia pencarian saya mencari resepi tersebut.

Membuat Linkwithin di blog

seronok juga belajar perkara yang baharu.semuanya dapat di sini.

Rabu, 15 April 2015

Mari membina blog

Di sini banyak rujukan.lawatilah di sini

Apa itu blog

Blog merupakan jurnal talian / online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara, dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Ia lebih kurang sama dengan konsep diari harian. Blog mudah diurus dan digunakan sesiapa sahaja kerana ia tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi kerana ia telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi sama seperti perisian Microsoft office. Apa yang membezakan blog dengan web biasa ialah memasukkan maklumat penulisan mengemaskinikan maklumat yang terbaru akan berada di atas dan yang lepas berada di bawah (reverse chronological order). Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan blog pertama ialah ‘blogging’ iaitu merujuk kepada aktiviti mengemas kini atau menguruskan blog. Kedua pula ‘blogger’ yang merujuk pemilik atau penulis blog tersebut, manakala ‘article’ pula di bererti tulisan yang ditulis di blog oleh blogger. Dapat diterjemahkan bahawa blog merupakan kata kerja dalam English (verb) yang bermaksud suatu kerja (aktiviti) mengemas kini atau menguruskan blog.saya rujuk di sini

Panduan membina Blog

Saya suka berkongsi pautan yang ditemui..dahulu saya tidak pandai membina blog..saya cuma belajar secara asas dengan rakan.Untuk cepat belajar kita mesti berani dan rajin menjelajah ikon yang disediakan. Bagi membantu rakan yang masih tercari-cari,boleh rujuk di sini dan di sini

Panduan Membina Blog

Hari ini merupakan hari yang mendebarkan...bukan sahaja saya..murid juga.Memandangkan komputer saya sedang didefragment,saya menggunakan tablet untuk memastikan p&p kali ini mencapai objektifnya. Masalahnya talian wifi agak perlahan..kena mencari titik laju di mana...bila tekan pautan..asyik berpusing-pusing...bila sudah dapat pautan...seronoknya...kali ini murid diberi pendedahan untuk membina blog..

Jom Membina Blog

Hari ini hari yang mengujakan...murid dan guru belajar membina blog.Memandangkan komputer saya sedang defragmentasi,saya terpaksa menggunakan tablet. Terpaksalah mencari talian Wifi yang agak laju...di kelas agak perlahan.Untuk perkongsian,bolehlah merujuk di sini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama.

KATA-KATA MOTIVASI

Kekadang kita terlalu mengambil kira apa yang orang kata...adakalanya sampai menjadi stress. Jadi,jalan terbaiknya..berfikirlah seadanya..apa yang dikata diambil positif supaya kita tidak terasa terbeban.

DST 1 Manusia

Jom belajar bahasa isyarat mengenai anggota manusia

Kraf tangan untuk keceriaan

Jom kita buat sesuatu yang dapat memberi keceriaan..

P&P mata pelajaran TMK

Hari ini seperti kebiasaan...bersedia dengan bahan bantu mengajar...walaupun agak sukar untuk memberi penerangan jelas kepada murid,namun penggunaan BBM ini membantu melancarkan p&p.Murid lebih jelas dan ingat apabila kaedah ict ini digabungjalinkan. Setelah selesai penerangan dan menyalin soalan tugasan..murid berpeluang menaip sendiri di MS Excell...walaupun nampak terkial-kial mencari huruf kerana ada huruf jawi di keyboard...nampak kesungguhannya menyudahkan tugasan...

Jumaat, 10 April 2015

Jangan terlupa

Alkisahnya petang tadi..saya membina BBm untuk digunakan pada minggu depan.Seronok punya pasal dek terleka dengan muat turun font..saya terlupa untuk menyimpan bahan yang telah dibuat..tetiba...elektrik tiada...apalagi..nak marah pun tidak guna lagi... peristiwa ini terus membawa saya ke pengalaman semasa menyiapkan tugasan pensyarah...jenuh mencari di ruangan storan..penat aje... Tanpa membuang masa..saya terus membina semula..tapi kali ini terus beringat takut terjadi lagi..tak pasal-pasal hilang idea... berkat kesabaran,akhirnya siap juga walaupun terpaksa korbankan masa....apa yang penting saya sudah membuat persediaan awal.. Jadi di sini saya kongsikan sebahagian bahan yang saya telah siapkan itu.

Selasa, 7 April 2015

RUJUKAN RPI(Rancangan Pengajaran Individu)

Bagi guru yang masih tercari-cari maklumat mengenai RPI,bolehlah melawat ke blog ini di sini. Harap segala info di situ dapat membantu merancang dan melaksanakan demi kebaikan murid istimewa.

Khamis, 26 Mac 2015

Chopper yang menjimatkan masa

inilah pengganti lesung batu..menjimatkan masa pilihan di tangan untuk memilihnya...

rindu nak makan dan masak...

BUku Mini sAYA

pROJEK INI untuk membantu murid saya...tapi saya belum siapkan sepenuhnya...dengan kod isyarat.Bahan ini saya kongsikan di sini

Proses merebus belimbing buluh

Lama juga masa untuk merebus belimbing buluh..saya begitu teruja kerana pertama kali membuatnya sendiri..berpandukan panduan yang diberi oleh Kak Sue..saya buat dan setia menanti belimbing itu mengecut...dan untuk merasmikan periuk baru...baru betul-betul teruja..

Projek Sambal Hitam

Cuti kali ini berpeluang balik mengutip belimbing buluh...selalunya sambal hitam iaitu sambal popular di Pahang dibawa dan dibuat oleh Kak Sue,teman sebilik....kali ini rindu untuk makan..kena buat sendiri..percubaan pertama berjaya walaupun agak garing ,rasa seperti serunding..malas nak tumbuk.saya pakai chopper aje..Bila dah dikomen..saya buat lagi tapi versi tumbuk dan chopper..belimbing pun saya habiskan semuanya..baru terasa masam..dah..hampir menyamai seperti yang dibuat oleh kak sue.. Ini hasilnya..sambal hitam

Khamis, 12 Mac 2015

JOM buat buku mini

Kekadang ada waktunya kita kekeringan idea..bila idea ada dengan melihat dan menjelajah blog orang lain...rasanya ia membantu kita...saya rasa anda tidak rugi jika membuatnya sendiri setelah melihat bahan ini di sini. jutaan terima kasih pada blog ini.

cuti sekolah bermula

Khamis, 26 Februari 2015

Seronoknya mencari bahan belajar

Bagi yang masih tercari-cari bahan untuk mengajar,semuanya amat mudah kerana ada kemudahan internet...semuanya di hujung jari.Saya amat teruja bahan yang terdapat di laman sesawang ini. Semuanya ada di sini.Selamat memuat turun bahan-bahannya.

Belajar mengenali bulan

Bahan ini saya temui di sini.semoga ia memudahkan tugasan untuk menampal,mengajar dan sebagainya...

panduan anak pintar

Saya mencari-cari bahan untuk bacaan..tetiba mata terpaku pada tajuk di atas. terus saya kongsikan panduan berguna ini di sini

Rabu, 25 Februari 2015

BBM hari ini

Rasa seronok bila ada BBM yang dapat membantu murid belajar. Ini aje yang sempat dimuatkan di sini...

Isnin, 9 Februari 2015

berikan aku kekuatan

kekadang kita perlukan kata-kata sebagai peniup semangat. Kata-kata kekadang mempunyai aura untuk menjadikan kita berfikir,terfikir dan memikir....

Jom buat BBM

BBM memainkan peranan penting dalam penyampaian PdP.jom kita kongsikan dan gayakan mengikut kreativiti masing-masing.

Rabu, 28 Januari 2015

rujukan bahan PdP

Ingat tak lagi video bahasa isyarat yang saya kongsikan tempohari.Saya terlupa letak alamat webnya.Credit thanks a lot to : www.handspeak.com

Ahad, 25 Januari 2015

Kata- kata Motivasi



Hiasan Kelas lagii

Semua orang mahukan kelas yang ceria dan cantik.apa kata kita gunakan idea ini untuk menghasilkan dekorasi yang segar dan menarik di kelas...



Latihan untuk murid

Hari ini saya menyiapkan lembaran kerja untuk murid.Biasalah bila ada kelapangan masa...kalau ikutkan banyak lagi nak dimuatkan di sini ..saya rasa ini pun sudah memadai.

Jumaat, 23 Januari 2015

kod isyarat English

Video ini memang membantu..saya tidak sangka terjumpa website ini semasa mencari bahan untuk kelas ganti.

Ladap 1/2015 VLE Frog

Ladap kali ini memang banyak info yang diberi.Untuk VLE Frog,sedikit kecewa kerana masalah google Chrome di komputer saya.Saya tidak dapat akses...tapi saya suka berkongsi video ini... harap dapat membantu

Selasa, 20 Januari 2015



Mutiara Kata Hari Ini

Mutiara kata ini petikan dari buku Jurnal Inspirasi Diri
"Apabila hendak melakukan sesuatu,lihat apa hasil yang kita mahu dan lakukan seolah0olah anda sudah mendapat hasilnya.Inilah cara terbaik untuk mendisiplinkan diri"

BBM ku -kad lipat DST

Perkongsian ini untuk memudahkan pengajaran. Apa yang penting objektif tercapai.Tahun ini masih lagi dengan subjek DST..ada penambahbaikan...





berakhirnya pencarian

Syukur kerana akhirnya ditemukan dengan nota alamat emel blog ini...sekian lama mencari..sukar juga kerana susah nak kemaskini blog ini..sayanglah..bila dah penat buat..tetiba nak tukar atau buat baru..ada rakan kata..sayanglah...banyak bahan yang dapat dikongsikan..saya apalagi,banyak BBM yang baru buat nak muatnaik di sini...asalnya nak cari pendrive yang tetiba menyorot(sebenarnya salah letak)..tetiba...gembira bukan main lagi..apalagi..saya terus mencuba..haaa..ini baru betul.

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015...masih bulan Januari...banyak tugasan dan perkara yang perlu diutamakan...